Followers

Total in Butik Nor Nadiah

EARN MONEY BY SHARING ON FACEBOOK, TWITTER & BLOG



[tutor pasang iklan]

16 January 2012

Rumah Tangga Rita Rudaini Goyah Lagi, Aidil Kini Keluar Dari Rumah!!

Kalau dah nama artis, memang tak lari dari gosip kan? Apa kes Miss Nadya jadi minah gosip ni? 
Sebenarnya selepas baca entry Beautiful Nara rasa tertarik untuk kongsikan entry ini. Dah tiada jodoh nak buat macam mana kan. Tapi jangan lah sampai meruntuhkan rumah tangga orang lain. Kasihan kakak Rita Rudaini sebab terpaksa menerima dugaan sebegini. Kalau saya jadi beliau tidak mungkin saya kuat..:(

bahagia kan mereka masa tu..

Alkisahnya, Aidil Zafuan, suami kepada Rita Rudaini sudah pun keluar daripada rumah sejak seminggu yang lalu. Puncanya apabila Zaquan dan Ayu Raudhah menghantar Aidil untuk mengangkut kesemua barangnya sehingga tiada apa-apa lagi ketika Rita dan anak-anak pulang ke kampung. Kata Rita:-
Saya tidak faham kenapa mereka tidak sudah-sudah mahu mencari pasal dengan saya. Rumah tangga kami sudah aman dan bahagia selama lapan bulan sejak saya memberi peluang kepada Aidil selepas apa yang berlaku dulu. Tapi, belum sempat menarik nafas lega, timbul pula musibah lain apabila Zaquan dan Ayu mencari pasal hingga kami bergaduh menerusi Twitter. Saya pelik kenapa Zaquan naik hantu apabila saya cakap ‘tak kisah mak mentua sayang atau tidak’, itu perbualan saya dengan peminat. Saya tidak menyentuh sesiapa pun, jauh sekali mahu memburukkan mentua. Tapi, Zaquan tiba-tiba menyampuk dalam Twitternya ‘memang tak kisah mak mentua tak sayang sebab rumah mak mentua pun tidak pernah balik. Jangan cari pasal la… Makin lama makin melampau’.
Rita Rudaini ternyata kecewa apabila insiden peperangan menerusi Twitter ini berlaku (boleh baca di entri ini) sehingga membuatkan dia terasa seperti maruah dirinya dipijak-pijak. Kata Rita lagi:-
Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya.
Yang penting, Rita Rudaini tidak menuduh semborongan apabila CCTV menjadi saksi kehadiran Zaquan dan Ayu Raudhah untuk membantu Aidil mengangkut barang-barangnya termasuk motosikal. Dan Rita melahirkan rasa kekecewaannya kerana campur tangan daripada Zaquan dan Ayu di dalam hal rumahtangganya:-
Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buru tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya.
Bila baca apa yang kak rita cakap,syahdu je..
Jujurnya, saya sudah letih, saya tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas ini. Syukur jika jodoh antara saya dan Aidil masih panjang, jika berlaku sebaliknya, saya pasrah. Saya hanya ingin membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna. Biarlah saya susah asalkan anak-anak bahagia.
Semoga perselisihan faham antara Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu Raudhah dapat diselesaikan secepat mungkin. Bukan apa, impak yang paling besar pastinya kepada anak-anak sekiranya perpisahan terjadi. Semoga penceraian antara mereka berdua dapat dijauhkan.



1 comments:

Kakiwayang said...

hanya mereka yang tahu...harap rita cool down n xya heboh2 sangat...selesai sesama sendiri..

50 Top Commentators Butik Nor Nadiah

Site Info Butik Nor Nadiah